Denggi Semasa

DENGGI SEMASA: MASYARAKAT DISERU MEMBASMI PEMBIAKAN AEDES

PUTRAJAYA, 7 Ogos 2008. Jumlah kes denggi yang dilaporkan masih pada kadar yang tinggi. Untuk makluman, sejumlah 1,034 kes demam denggi dengan satu kematian telah dilaporkan bagi tempoh 27 Julai hingga 2 Ogos 2008. Kumulatif kes sehingga 2 Ogos 2008 pula berjumlah 26,829 kes dengan 62 kematian, berbanding tempoh yang sama pada tahun lepas (2007) iaitu 31,547 kes dengan 62 kematian. Purata kes yang dilaporkan bagi tempoh 3 bulan yang lepas adalah 1,000 kes seminggu berbanding sasaran 660 kes seminggu.

Penularan demam denggi dapat dicegah melalui langkah pencegahan dan kawalan yang berkesan, bagaimanapun ia memerlukan kerjasama daripada semua pihak. Pemantauan KKM menunjukkan majoriti jangkitan demam denggi berlaku di rumah kediaman terutamanya yang mempunyai kadar pembiakan nyamuk aedes yang tinggi dan menjadi faktor penyumbang utama kepada penularan denggi.

Kajian yang dijalankan oleh KKM pada tahun 2006 menunjukkan tahap pengetahuan orang awam mengenai demam denggi adalah tinggi, bagaimanapun penglibatan mereka dalam aktiviti kawalan dan pencegahan denggi samada di rumah atau peringkat komuniti masih rendah. Justeru penyertaan anggota masyarakat dalam aktiviti kawalan dan pencegahan denggi sangat diperlukan. Orang ramai juga diminta untuk menjaga kebersihan kediaman masing-masing terutamanya melalui aktiviti gotong-royong untuk mencegah jangkitan demam denggi.

Both comments and pings are currently closed.

10 Responses to “Denggi Semasa”

  1. Buwau98 says:

    The vector of dengue fever is Aedes mosquitoes and RKPBV is a very big unit with vast resources at their disposal. You guys have gained so much experiences over the years and had successfully predicted when the next outbreak will occur….and many times had prevented major outbreaks.But i noticed that the methods that have been used to control the spread of the disease is still the same. Can’t the AKS’s come out with something more solid? or the PKP/PPKP’s think outside the box?
    Thanks guys.

  2. NAZA says:

    KITA BERHARAP AGAR MASYARAKAT BEKERJASAMA DENGAN KKM UNTUK MEMBASMI NYAMUK AEDES KERANA NYAMUK INI TELAH MEMBAWA DUA PENYAKIT KEPADA MANUSIA IAITU AEDES DAN CHIKUNGUNYA….

  3. shuk says:

    Masing-masing kena pastikan rumah sentiasa bersih dari tempat-tempat yang sesuai jadi sarang nyamut aedes. Kalau kena dekat bayi atau kanak2 lagilah kesian

  4. insectism2000 says:

    Health Ministry staff are comitted towards preventing @ reducing dengue cases from spreading to the other parts of the world. But working alone will not help to achieve the target.
    People with ‘spoonfeeded’ mindset have to be changed day by day to regulate gotong royong as part of their weekly routine, instead of solely relying the health ministry to do control activities.
    Ministry’s Ahli Kajiserangga and IMR are struggling and at war all the time, dying to find what’s the best solution to overcome the spreading of neverending disease by Aedes mosq.

    No Aedes, No Dengue

  5. Curious says:

    Six youngs boys caliming to be from Jab Kesihatan M’sia come to our cmapny to inspect and showed us 3 bottles of larva in our company’s compound. They said one bottle will cause summon between Rm500-Rm1000 fine. Further implication will be the factory has to be closed down for 14 days and until rectifucation work is carried out. They asked whether we want to solve this insted ouf issuing us a summon. Are these people authorised to do inspectio and issue summons? They don’t have any permits. Please advise.

  6. Curious says:

    Six young boys claiming to be from Jab Kesihatan M’sia come to our cmapny to inspect and showed us 3 bottles of larva in our company’s compound. They said one bottle will cause summon between Rm500-Rm1000 fine. Further implication will be the factory has to be closed down for 14 days and until rectifucation work is carried out. They asked whether we want to solve this insted ouf issuing us a summon. Are these people authorised to do inspectio and issue summons? They don’t have any permits. Please advise.

  7. norhazlan says:

    pasal kes denggi nie, kita kena banyakkan edar risalah dan mengadakan pameran bagi menyedarkan masyarakat tentang bahayanya denggi. Masyarakat sekarang endah tidak endah akan kesan bahayanya denggi kepada semua.

    -pkddungun.moh.gov.my-
    Lan

  8. Loh Kai Lun says:

    cara mengunakan Bti sebagai larviciding control untuk jentik-jentik nyamuk (Aedes,Culex dan Anophelis) adalah cara alternatif mengurangkan populasi nyamuk dengan berkesan dan selamat, terutamanya selamat kepada alam sekitar, pengguna dan penduduk…

    tetapi negara kita nampaknya masih belum menjalankan dengan sempurna…

    dan…

    jikalau sentiasa guna racun yang sama melebihi 10 tahun untuk kawalan nyamuk dewasa, sudah tentu nyamuk itu akan “Rintangan” terhadap racun itu…

  9. Terap says:

    Daripada pemerhatian saya, tidak dinafikan kesungguhan yang ditunjukkan oleh pihak kementerian Kesihatan melalui pejabat-pejabat kesihatan di peringkat daerah yang menjalankan aktiviti semburan kabus dan mesin ULV yang berterusan untuk mengawal nyamuk aedes. Tahniah di atas usaha-usaha berikut.

    Di kesempatan ini, saya ingin mencadangkan sesuatu yang mungkin telah difikirkan oleh mereka-mereka yang arif di Kementerian Kesihatan. SEHARUSNYA tumpuan yang sama penting diberikan kepada aktiviti kawalan jentik-jentik. kenapa saya berpendapat sedemikian….umum tahu bahawa tanpa jentik-jentik tidak akan ada nyamuk dewasa, dan begitulah sebaliknya. Justeru itu disebalik tumpuan yang lebih diberikan kepada aktiviti kawalan nyamuk dewasa, mengapa pihak kementerian tidak memberikan focus yang sama penting untuk aktiviti kawalan jentik-jentik, sedangkan ianya berkait antara satu sama lain di dalam kitaran hidup seseekor nyamuk.

    Komen saudara Loh Kai Lun itu ada kewajarannya, melalui bacaan dan rujukan saya dapati Bti (Bacilus thuringensis sp. maaf kalau salah ejaan) adalah bahan yang selamat dan mesra alam yang seharusnya dipertimbangkan penggunaannya oleh pihak Kementerian Kesihatan Malaysia.

    Kesimpulannya, saya percaya kawalan nyamuk dewasa dan jentik-jentik secara bersepadu akan mempercepatkan lagi penurunan kadar penyakit demam denggi di Malaysia.

    Kepada saudara Loh Kai Lun, minta tolong perjelaskan racun yang penggunaannya melebihi 10 tahun…kalau ada contoh lagi baik….

  10. Faizal says:

    Denggi selalunya terjadi apabila kawasan kejiranan amat sesuai untuk nyamuk membiak. kadang-kadang rumah kita sudah ok, bersih dan amat cantik tetapi apabila kita tidak mempedulikan longkang di sebelah rumah kita, begitu juga rumah sebelah, lebih malang apabila tembok rumah kita tinggi menghalang perhubungan kita, habisla. nyamuk tidak kenal rumah bersih atau tidak. jika kawasan kejiranan sesuai untuk nyamuk2 ni, mereka akan menyerang sesiapa sahaja. get along with communities and know them well. masyarakat malaysia memang terkenal dengan sikap kejiranan beramah mesra, mesra-mesra la mengikuti gotong royong yang diadakan.
    Faizal