DERAF UCAPAN
YB DATO’ SRI LIOW TIONG LAI
MENTERI KESIHATAN MALAYSIA
SEMPENA HARI JURURAWAT 2012
12HB MEI 2012
SHAH ALAM CONVENTION CENTRE
Terima kasih, Puan Pengerusi Majlis,
YBhg.Datuk Kamarul Zaman bin Md. Isa
Ketua Setiausaha, Kementerian Kesihatan Malaysia
YBhg.Dato’ Sri Dr. Hasan bin Abdul Rahman
Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia
YBhg. Dato’ Hjh. Fathilah binti Hj. Abd. Wahab
Pengarah Kejururawatan, Kementerian Kesihatan Malaysia
Yang Berusaha Dame Dr. Hjh. Ramziah binti Hj. Ahmad
Presiden Persatuan Jururawat Malaysia
Jururawat – Jururawat Malaysia yang dikasihi
Dif-dif kehormat, tuan-tuan dan puan-puan hadirin & hadirat yang dihormati sekalian
Selamat pagi, Salam Sejahtera dan Salam 1Malaysia,
1. Saya merasa amat sukacita kerana dapat bersama-sama dengan para jururawat dalam suasana majlis yang penuh bersejarah dan cukup meriah ini, iaitu Majlis Sambutan Hari Jururawat 2012. Saya rasa, adalah tidak terlambat untuk saya mengucapkan “Selamat Hari Bidan”, yang jatuh pada 5 Mei 2012, kepada semua bidan-bidan di negara ini. Jasamu sentiasa dikenang dan dihargai! Untuk makluman para hadirin sekalian, sehingga Disember 2011, seramai 31,149 bidan, yang terdiri daripada 11,031 orang jururawat, 19,860 jururawat masyarakat dan 258 orang bidan telah berdaftar dengan Lembaga Bidan Malaysia. Memandangkan sebahagian besar jururawat adalah juga bidan, kita telah mengadakan sambutan pada hari yang sama.
2. Di atas kesempatan ini juga, saya ingin merakamkan ucapan terima kasih kepada Persatuan Jururawat Malaysia, yang telah menjemput saya untuk merasmikan Hari Jururawat Tahun 2012 ini. Tahniah dan syabas diucapkan kepada para penganjur di atas usaha tungkus lumus anda untuk memastikan kejayaan majlis sambutan ini.
Tuan-tuan dan puan-puan sekalian,
3. Kehadiran para jururawat dimajlis ini adalah menjadi bukti komitmen dan passion para jururawat sekalian terhadap profesyen kejururawatan. Seperti kata-kata pujangga, “Nothing great in the world has ever been accomplished without passion.” Tanpa passion atau kesungguhan yang lahir daripada perasaan komitmen yang mendalam, adalah amat sukar untuk seseorang itu untuk menjadi seorang jururawat yang “competent” serta “caring”. Sesungguhnya, jururawat kita adalah ”unsung heroines” kita yang perlu kita beri pengiktirafan di atas segala sumbangan mereka yang amat dipuji. Mereka merupakan golongan manusia yang mulia, yang disebutkan di dalam kata-kata hikmah berikut: “Manusia yang baik itu ialah dia yang paling banyak memberi manfaat kepada orang lain”.
4. Tujuan majlis ini diadakan adalah untuk memberi pengiktirafan kepada pengorbanan serta peranan penting yang dimainkan oleh jururawat-jururawat di seluruh negara, untuk menjayakan Visi Kesihatan KKM, iaitu “A Nation Working Together For Better Health”. Pemberian rawatan berkualiti serta pencapaian kesihatan untuk semua rakyat Malaysia adalah matlamat kita semua.
5. Jururawat di negara ini, yang seramai 96,598 orang, merupakan satu-satunya kumpulan yang terbesar dikalangan penjawat awam di Malaysia. Sedia berkhidmat di mana-mana sahaja dan pada bila-bila masa, mereka merupakan komponen penting di sektor perubatan dan kesihatan di negara kita. Mereka berkerja sama, berganding bahu dengan profesional-profesional lain seperti doktor, pegawai farmasi serta professional kesihatan bersekutu dan lain-lain lagi, dalam memberikan perkhidmatan yang berkualiti kepada rakyat Malaysia. Jururawat merupakan “valuable team member” di dalam rawatan pesakit.
6. Untuk makluman semua, Kerajaan Malaysia telah pun mengiktiraf Hari Jururawat pada 12hb Mei setiap tahun. Ini merupakan satu pengiktirafan ke atas nilai impak yang telah diberikan oleh para jururawat kita di seluruh negara kepada rakyat Malaysia, selaras dengan seruan YAB Perdana Menteri Malaysia, iaitu “Rakyat DiDahulukan, Pencapaian DiUtamakan”.
7. Pada tahun ini, International Council of Nursing telah memilih “Closing the Gap: from Evidence to Action ” sebagai Tema Sambutan Hari Jururawat Sedunia 2012. Disamping itu, tema untuk Hari Bidan Sedunia 2012 adalah “The World Needs Midwives More Now Than Ever”. Tema ini adalah selaras dengan trend contemporary nursing di mana perawatan kejururawatan diukur dengan menggunakan piawaian Evidence-Based Practice, terutama sekali di dalam rawatan Penyakit Tidak Berjangkit atau NCD. Berdasarkan kajian National Health and Morbidity Survey 2011, peningkatan penyakit kronik dikalangan penduduk di negara ini adalah agak membimbangkan.
8. Sejajar dengan perkembangan dan perubahan ini, jururawat harus bergerak ke hadapan dalam mengharungi cabaran untuk memberikan perawatan yang terbaik kepada pesakit, yang semestinya berdasarkan “evidence-base” yang kuat atau saintifik. Jururawat perlu peka dan berpengetahun dalam memenuhi keperluan dan ekspektasi pesakit dengan memberikan fokus terhadap pencegahan penyakit NCD serta prihatin terhadap kesihatan diri.
Para Jururawat sekalian,
9. Marilah kita merenung kembali milestones of nursing education in Malaysia. Pada peringkat awal, latihan kejururawatan bermula dengan sijil yang kemudiannya dinaik taraf kepada diploma. Justeru itu, Pre and Post Registration Degree Programme telah diperkenalkan dalam latihan kejururawatan, selaras dengan arus perkembangan teknologi dan kerjaya kejururawatan di peringkat global. Di sini, saya ingin mengucapkan syabas kepada jururawat yang telah walked the extra mile dan selaras dengan semangat profesionalisme, telah berusaha untuk memajukan diri mereka dengan melanjutkan pelajaran ke peringkat sarjana dan juga Ph.D. Statistik 2011 menunjukkan bahawa lebih daripada satu ribu (1000) orang jururawat di negara ini telah mempunyai Ijazah Sarjana Muda Sains Kejururawatan.
10. Dalam contemporary nursing di Malaysia, pengkhususan dalam perawatan kejururawatan adalah diberi keutamaan. Lembaga Jururawat Malaysia (LJM), dengan kerjasama Bahagian Pengurusan Latihan (BPL), telah mengambil langkah yang baik dalam pembangunan program-program pengkhususan atau pos basik. Sebanyak 26 bidang pengkhususan kejururawatan telah ditawarkan kepada para jururawat. Statistik yang terkini menunjukkan seramai 21,814 orang jururawat telah mempunyai pengkhususan dalam bidang-bidang yang tertentu.
11. Sejak bulan September 2011, LJM dengan kerjasama BPL, telah berjaya menaik taraf kursus pos basik kepada Advanced Diploma seperti Kebidanan Bhg.1 (Satu). Tahniah diucapkan kepada Bahagian Kejururawatan di atas inisiatif untuk memperkembangkan hala tuju kerjaya kejururawatan di Malaysia, supaya kita setanding dengan jururawat di peringkat antarabangsa.
Para Jururawat sekalian.
12. Oleh kerana para jururawat telah berusaha dengan gigih untuk memajukan diri mereka, disini saya ingin mengumumkan sesuatu yang saya harap akan menggembirakan anda sekalian dan akan menyemarakkan semangat anda untuk berkhidmat dengan lebih baik lagi serta menceriakan lagi sambutan pada tahun ini:
Sebagaimana kita semua sedia maklum, bermula pada Oktober 2007, Kerajaan telah meluluskan pembayaran Bayaran Insentif Pos Basik (BIPB) atas kadar RM100.00 sebulan kepada semua anggota jururawat di Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) yang memiliki sijil pos basik dalam salah satu (1) daripada 18 bidang Penjagaan Kritikal dan Pengkhususan Klinikal serta bertugas dalam bidang yang sama.
13. Berikutan itu, selaras dengan hasrat KKM untuk melahirkan anggota paramedik yang berpengetahuan dan berkemahiran luas dalam pelbagai bidang perubatan dan kesihatan, BIPB yang sebelum ini hanya meliputi 18 bidang pengkhususan penjagaan kritikal dan pengkhususan klinikal, kini merangkumi 8 lagi bidang iaitu pengkhususan dalam perawatan kawalan infeksi, kaunseling HIV/AIDS, pengurusan diabetes, gastrointestinal endoscopy, penjagaan Kesihatan Primer, rehabilitasi, forensik dan perubatan sukan yang sebelum ini tidak dibayar elaun, telah juga mendapat kelulusan bayaran insentif pos basik.
14. Kerajaan, pada 30 Mac 2012, telah bersetuju agar semua anggota paramedik, termasuk jururawat yang memiliki kelulusan pos basik dalam bidang-bidang yang telah diluluskan layak dibayar BIPB, tanpa mengira tempat pegawai bertugas selagi pegawai menggunakan kemahiran dan pengetahuan dalam bidang pos basik yang dimiliki dalam menjalankan tugas. Kelulusan ini berkuat kuasa mulai 1 April 2012.
15. Berdasarkan kelulusan tersebut, semua Jururawat yang memiliki Sijil Pos Basik daripada 26 bidang yang tersenarai adalah layak untuk menerima BIPB, sekiranya mereka menggunakan kemahiran dan pengetahuan dalam bidang pos basik yang dimiliki untuk menjalankan tugas masing-masing. Juga, KKM sendiri akan menetapkan mana-mana bidang pos basik yang layak dibayar insentif ini. Oleh yang demikian, saya berharap agar semua Jururawat di KKM dapat melaksanakan tugas yang telah diamanahkan dengan penuh tanggungjawab, komited dan dedikasi demi memenuhi permintaan rakyat yang semakin meningkat.
16. Di samping itu, ada satu lagi berita baik iaitu: Mesyuarat Lembaga Jururawat Malaysia, yang bersidang pada 23 April 2012, telah bersetuju untuk menyelaraskan semua Peperiksaan Lembaga termasuk bagi Latihan Jururawat Masyarakat, Diploma Kejururawatan dan Advanced Diploma Mid-wifery. Bagi calon-calon yang gagal, mereka akan diberi peluang untuk menduduki peperiksaan ulangan sebanyak 3 kali (1+3).
Para Jururawat sekalian.
17. Perkembangan kerjaya jururawat tidak seharus berhenti setakat ini sahaja. Sejajar dengan Wawasan 2020, jururawat mestilah merebut peluang untuk meneruskan pembelajaran ke tahap yang lebih tinggi supaya berupaya untuk memberikan perkhidmatan dengan lebih profesional, dedikasi, sistematik, optimum dan holistik dalam organisasi kesihatan. Sesungguhnya, pengetahuan adalah asas kepada kecemerlangan atau “Knowledge is power”!
18. Sebelum mengakhiri ucapan saya, sekali lagi saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih dan setinggi-tinggi penghargaan kepada para jururawat sekalian. Saya juga ingin mengucapkan “Selamat Menyambut Hari Jururawat” tahun 2012. Saya akhiri dengan satu “poem” yang memperingati Florence Nightingale, the Lady with the Lamp” dan juga puan-puan semua yang mengikuti jejak langkah beliau, oleh penyair Henry Wordsworth Longfellow:
A Lady with a Lamp shall stand,
In the great history of the land,
A noble type of good,
Heroic womanhood.
Juga serangkap pantun mengenai jururawat-jururawat yang senentiasa menabur budi, tak kira penat lelah:
Pulau Pandan jauh ke tengah,
Gunung Daik bercabang tiga,
Hancur badan dikandung tanah,
Budi yang baik dikenang juga!
Dengan itu, saya dengan sukacitanya merasmikan Sambutan Hari Jururawat bagi tahun 2012.
Sekian, terima kasih.
RSS Feed
Facebook
Posted in 
