Pengenalan

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) telah mewujudkan blog rasminya pada 9 April 2008. Blog ini membolehkan KKM memberikan maklumat secara terus kepada pembaca secara online. Pengujudan blog ini adalah merupakan sebahagian daripada usaha berterusan untuk menambah baik saluran penyampaian KKM kepada rakyat, khususnya melalui Internet.

Beberapa kategori entri (maklumat) seperti Keselamatan dan Kualiti Makanan, Kesihatan Awam dan Kawalan Penyakit telah diwujudkan bagi memudahkan blogger dan pembaca menyelaraskan entri.